MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label najib razak. Show all posts
Showing posts with label najib razak. Show all posts

Friday, 21 August 2015

Jangan cuba rampas hak saya memimpin negara - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada siapa yang patut campur tangan atau merampas amanah yang diberikan kepadanya untuk memimpin negara.

Beliau berkata, mandat yang dipikul merupakan tanggungjawab seorang pemimpin yang telah dipilih rakyat.

"Sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawab saya membuat pilihan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Lebih daripada itu, ia adalah tugas saya.

"Ia adalah amanah yang telah diberikan kepada saya. Jadi, tiada sesiapa patut cuba campur tangan atau rampas tanggungjawab saya untuk memimpin," katanya dalam status terbaharu di laman Facebook.

Dengan amanah yang telah diberikan, Najib melahirkan rasa bangga dan rendah diri memikul tanggungjawab berkenaan.

"Rakyat yang telah memilih saya, dan saya berasa amat bangga dan rendah diri untuk memikul mandat itu yang diberikan rakyat dan boleh diambil balik. Ia bukan milik mana-mana individu, tidak kira bagaimanapun terkenal individu berkenaan," tambahnya.

Thursday, 20 August 2015

Dr M persoal tujuan penubuhan JKNMPP


SERI ISKANDAR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tujuan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

Kata Dr Mahathir, ia bukan mengenai penubuhan jawatankuasa semata-mata.

“Buat apa? Anda tahu kenapa mereka bentuk jawatankuasa tersebut... ia bukan mengenai penubuhan jawatankuasa semata-mata, jadi tak perlu tubuh jawatankuasa,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui ketika program Universiti Teknologi Petronas (UTP) Chancellor Public Lecture di Seri Iskandar pada Rabu.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan JKNMPP bagi merangka pelan pembaharuan pembiayaan politik bagi memastikan negara mengamalkan politik sihat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Ogos, mengumumkan penubuhan JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.

Menurut beliau, pelan tersebut penting dalam menangani isu pembiayaan politik, khususnya pada masa ini tidak terdapat peraturan mengenai pembiayaan politik yang boleh menentukan sesuatu itu salah atau tidak meskipun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihan raya.
 
 

Friday, 14 August 2015

Spekulasi politik keterlaluan dorong penyusutan ringgit - Najib



KUALA LUMPUR: Spekulasi politik yang keterlaluan menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata wujudnya mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan itu menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara.

Ia antara empat faktor yang digariskan Najib dalam laman blognya berhubung penyusutan nilai ringgit.

Penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak juga telah menyebabkan kejatuhan ringgit, lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi berkenaan.

"Tindakan Kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara Asean yang lain," kata Najib dalam blognya www.najibrazak.com.

Menurutnya, jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika.

Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk lakaran negatif segelintir pihak terhadap keadaan ekonomi negara, namun tegas Najib, laporan terkini Bank Negara Malaysia menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dengan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9% pada suku kedua 2015.

Dalam pada itu, najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara.


Sementara itu, ringgit ditutup pada paras 4.0080/0130 berbanding dolar pada pukul 5 petang tadi berbanding 4.0375/0415 semalam.

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang