Sekadar Hiasan |
AMARAN PERTAMA
pada hari ini 12 Januari 2013 jam 10:00am, hidung aku tetiba keluar darah. ingatkan pada mulanya hingus tetapi darah. Lalu aku membasahkan semua kepala ku dengan air paip. kira-kira 10 menit juga lah darah tu berhenti. aku tutup hidung dengan kapas jer... kemudian darah tu berhenti aku gembira siot. hahahahhaha yelah tadi aku nervos gila.
AMARAN KE DUA
Aku ingatkan darah tu tak keluar lagi... rupanya jam 11:00pm hari yg sama keluar lagi berdarah secara tiba-tiba. dahlah malam aku sekali lagi nervos. aku lari dapatkan kapas sumbat dalam hidung dan basahkan kepala. tak tau pulak kali kedua ni amaran bahawa gelombang ke 3 darah keluar dari hidung akan melanda dengan lebih dahsyat.
AMARAN KETIGA
malam tu aku tak tidur awal sebab aku main people raullette kat FB kenakan ramai orang kat dalam du. jam menunjukkan ukul 2:15am hari ahad dah. kali ini Keluar darah dari hidung ku dengan kencang. macam air paip dengan kecepatan 1ml/Second. aku semakin nervos sebab amat luar biasa keluarnya. aku ketuk pintu rumah jiran untuk mendapatkan kapas. mereka kasih lah sikit ingatkan berhenti. tutup lubang hidung sebelah kiri keluar sebelah kanan... mana tak nya aku semakin nervos... akhirnya aku minta tolong si DEDE dan ALI untuk hantar aku ke Hospital juga ... sementara menunggu mereka darah yg keluar dari hidung tak henti henti sehinggakan keluar dari tekak... aku sampai termuntah-muntah darah....
HOSPITAL EMERGENCY UNIT
Sampai di unit kecemesan aku tunjukkan lah kad perubatan aku dengan mereka. Punyalah lama Minah kat kaunter pendaftaran itu catat rekod minta rm1 lagi tu. aku dah tak tahan nak muntah muntah...maklumlah darah tak henti henti keluar.... selesai pendaftaran darah berhenti secara tiva-tiva. tak apa yang penting dah kat hospital. kalau tak ada apa-apa mesti boleh pulang. Aku ditanya oleh doktor yang bertugas waktu tu dengan macam-macam soalan. naik jemu nak jawab sebab soalan yang sama,
hidungku disumbat dengan Gouse bukan fauziah gaous tau. kain jarang tu,...sakit sangat.. mereka sumbatkan dalam hidung ku supaya darah berhenti. ada dalam 30 minit bergaya dengan lubang hidung tersumbat gouse. nahhhhhh darah kembali lagi keluar dari hidung sampai gouse tu terkeluar darah kali ini banyak sekali. aku sampai termuntah darah yang macam jelly satu mangguk sup keluar dari mulut ku. aku tak nak telah dahlah rasa macam drakula. aku ludah keuar menyebabkan aku basah darah. Doktor tu hairan pulak kenapa masih darah masih juga keluar walaupun sudah disumbat dengan obat.
Scanning Mode telah dilakukan oleh para para doktor. Seorang doktor tu bawa buku manual tentang penyakit hidung. aku sempat lihat mereka buka buku tu sebab mereka buka depan aku. walaupun aku tak tau tetapi gambarah hidung tu aku tahu. tak lama lepas tu mereka bawa tube warna coklat banyak siot aku nervos lagi lihat tube tu.. siap ada doktor tanya saiz berapa..
Seorang doktor perempuan cina dr Klinik ENT(baru tahu selepas keluar ward) dia cucuk tube tu dari lobang hidung aku masuk ke tekak sehingga aku termuntah tau... lepas tu dia pump nak termuntah lagi kemudian mereka tarik tube tu and clamp. huhhhhhhhh rasa sakit tak terkira.....sebelah tu nak dicucuk juga dengan tube tu....tetapi tidak berjaya...nasib lah tak berjaya.. aku tak tahulah hidung ku macam mana... rasa nak koyak rasa nya,,,,
aku ditahan Ward. sebab doktor tahu aku adalah pesakit menghidap darah tinggi dan kencing manis. mereka perlu monitar darah ku. heheheheh itulah akibatnya skip makan ubat, semua doktor beri ceramah aku pekak telinga je.
semua orang kecoh dibuat aku. aku ditahan di ward ENT. sampai ke bos bos aku bingung....aku dalam ward dari 13 january sehingga 16 januari 2013. dan aku diberi lagi MC oleh doktor sebanyak 7 hari dan 23 januari aku mula kerja.
hari terakhir di ward, balutan hidung dibuka dan di teropong, ni lagi masalah tekanan darah ku mendadak jatuh 110/60 aku pengsan sekejap..hahahahha tak nak pulang kot.. masih mau dalam ward...
aku ditahan sehingga jam 2 pm nurse nak monitor darah aku lagi. petang tu aku pulang ....
TOBAT AKU TAK NAK MASUK WARD LAGI....
0 comments:
Post a Comment