MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label MAHB. Show all posts
Showing posts with label MAHB. Show all posts

Friday, 31 July 2015

AirAsia kemuka surat tuntutan RM409 juta kepada MAHB

KUALA LUMPUR: AirAsia mengeluarkan notis tuntutan terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melibatkan nilai RM409 juta.

Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata tuntutan adalah akibat kerugian dan kerosakan yang dialami syarikat akibat penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) serta Terminal Tambang Rendah (LCCT) sebelum ini.

AirAsia mendakwa MAHB telah melanggar kontrak penjagaan selaku pengendali lapangan terbang sekaligus menyebabkan AirAsia menanggung kerugian.

AirAsia turut menuntut ganti rugi susulan reputasi serta jenama AirAsia yang didakwa terjejas akibat persepsi negatif penumpang di KLIA 2.

Pihak Pengurusan AirAsia sebelum ini lantang mengkritik MAHB dan mendakwa kerja pemulihan di klia2 bukan untuk jangka panjang dan mengambil masa lama.

AirAsia mahu satu penyelesaian jangka panjang dicapai melalui Jawtankuasa Audit yang diwujudkan Kementerian Pengangkutan.

Terbaru, Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz menerusi laman Facebooknya menuntut masalah mendapan dan takungan di klia2 diselesaikan sepenuhnya.

Beliau juga berkata sebuah lapangan terbang seharusnya mencapai tahap sifar kerosakan dan ia tidak boleh dikompromi kerana melibatkan nyawa penumpang.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali yang berkata langkah penutupan klia2 bagi kerja pemulihan hanya akan menyukarkan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes sebelum ini menyatakan mahu berpindah kembali ke LCCT dan mahu klia2 ditutup sementara bagi kerja pemulihan.

AirAsia mendakwa takungan air dan mendapan menyebabkan kerugian kepada syarikat termasuk kelewatan pesawat.

Sementara itu Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali ketika dihubungi Astro Awani berkata beliau kecewa dengan tindakan AirAsia dan mengarahkan peguam syarikat mengkaji dan menyoal balas AirAsia.

Tambahnya MAHB selaku pengendali sudah banyak membantu AirAsia sejak sekian lama sehingga ia menjadi penerbangan tambang rendah terbesar di dunia.

Beliau berkata semua isu yang dibangkitkan juga dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Jawatankuasa Khas Bersama bagi kerja-kerja pemulihan klia2.

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang