MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label Lampu hijau untuk Mayang. Show all posts
Showing posts with label Lampu hijau untuk Mayang. Show all posts

Friday, 31 October 2014

Lampu hijau untuk Mayang



Lampung: Penduduk Suka Menanti kini dilaporkan bersedia membenarkan jenazah Mayang Prasetyo dikebumikan di kawasan kampung kelahirannya selepas rundingan dijalankan dengan pihak berkaitan.

Ibu Mayang, Nining Sukarni berkata, jenazah anaknya itu akan disemadikan di kawasan tanah perkuburan kampung mereka.

“Liang lahad sudah digali sejak minggu lalu,” katanya.

Bagaimanapun, kata Nining, mereka akan mengubah suai lubang itu supaya lebih lebar dan panjang untuk menyesuaikan keranda yang akan tiba dari Australia nanti.

Mayang atau nama sebenarnya Febri Andriansyah ditemui mati dan dicincang kekasihnya sebelum sebahagian tubuh itu ditanak di apartmen mereka di Brisbane.

Suspek, Marcus Volke, 28, juga ditemui mati di kediaman itu dipercayai membunuh diri.

Mayang memang menjadi kontroversi sejak sebelum matinya.

Dia dilahirkan sebagai bayi lelaki sebelum menjalani pembedahan menukar jantina.

Penduduk Suka Menanti sebelum ini keberatan menerima jenazah Mayang, 27, untuk dikebumi di situ, tetapi hasil campur tangan badan bantuan guaman, pertikaian itu dapat diatasi.

Kata Nining, ukuran keranda Australia dan Indonesia berbeza.

Mengenai persetujuan dicapai, Nining berkata, mereka sekeluarga dapat bernafas lega sementara menunggu jenazah Mayang tiba.

Katanya, ia mungkin sampai di Lampung esok.

“Kami membuat persiapan seadanya walaupun keadaan Mayang tidak seperti yang kami harapkan.

“Kami reda dan berdoa semoga rohnya dirahmati,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5525#sthash.8cLBjDhT.dpuf

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang