Showing posts with label Ringgit. Show all posts
Showing posts with label Ringgit. Show all posts
Wednesday, 7 October 2015
Ringgit catat kenaikan tertinggi dalam tempoh 5 minggu
KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak lebih daripada 5 peratus ke paras tertinggi dalam lima minggu pada Rabu susulan jualan nilai batasan kerugian Dolar AS dan saham tempatan yang lebih tinggi.
Ringgit yang mencatatkan prestasi terburuk berbanding mata wang Asia lain pada tahun ini, naik 5.2 peratus kepada 4.1600 berbanding dolar Amerika, peningkatan terkukuh sejak 1 September.
Turut mencatatkan kenaikan adalah FBM KLCI pada 1.6 peratus.
Ringgit dan saham Malaysia mendapat sokongan daripada eksport Ogos yang lebih kukuh berbanding jangkaan.
Ia turut dibantu pemulihan dalam harga minyak mentah global yang meredakan kebimbangan terhadap pendapatan jualan minyak dan gas di luar negara.
Friday, 14 August 2015
Spekulasi politik keterlaluan dorong penyusutan ringgit - Najib
8/14/2015 10:03:00 pm
dolar amerika, najib razak, perdana menteri, politik, Ringgit, spekulasi
No comments
KUALA LUMPUR: Spekulasi politik yang keterlaluan menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata wujudnya mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan itu menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara.
Ia antara empat faktor yang digariskan Najib dalam laman blognya berhubung penyusutan nilai ringgit.
Penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak juga telah menyebabkan kejatuhan ringgit, lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi berkenaan.
"Tindakan Kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara Asean yang lain," kata Najib dalam blognya www.najibrazak.com.
Menurutnya, jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika.
Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk lakaran negatif segelintir pihak terhadap keadaan ekonomi negara, namun tegas Najib, laporan terkini Bank Negara Malaysia menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dengan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9% pada suku kedua 2015.
Dalam pada itu, najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara.
Sementara itu, ringgit ditutup pada paras 4.0080/0130 berbanding dolar pada pukul 5 petang tadi berbanding 4.0375/0415 semalam.
Thursday, 13 August 2015
Arul Kanda yakin 1MDB mampu langsai hutang dalam 6 bulan
KUALA LUMPUR: Biarpun ekonomi negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk penyusutan nilai ringgit, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tetap yakin syarikat pelaburan negara itu mampu melangsaikan hutangnya dalam tempoh enam bulan.
Keyakinan itu adalah berdasarkan aset-aset miliknya yang boleh dilupuskan, antara lain, RM16 bilion hingga RM20 bilion milik syarikat subsidari 1MBD, Edra Global Energy Bhd; RM16 bilion dalam International Petroleum Investment Company (IPIC), dan RM11 bilion hingga RM12 bilion dalam projek hab ekonomi Bandar Malaysia di ibu negara.
"Saya yakin tempoh masa yang diberikan Perdana Menteri untuk 1MDB melangsaikan hutang bersesuaian dengan keadaan masa syarikat dan pasaran semasa," jelas beliau dalam satu program temu bual 'Soal Jawab' di TV3 lewat Rabu.
1MDB, katanya, mempunyai aset yang kukuh dan syarikat itu juga mempunyai pelabur-pelabur tempatan dan luar negara yang berminat dengan jangka masa panjang pelaburan dalam 1MDB.
"Kira-kira 40 syarikat terkemuka daripada China, Australia dan Timur Tengah telah menunjuk minat dalam pembangunan Bandar Malaysia," kata Arul Kanda.
Jelasnya lagi, pelan rasionalisasi hutang 1MDB tidak akan terjejas disebabkan oleh penurunan nilai ringgit kerana syarikat itu memiliki aset dalam dolar Amerika Syarikat (AS) yang akan membolehkan ia membayar hutang luarnya dalam nilai dolar AS.
"Kita mempunyai syarikat janakuasa terbesar di negara asing seperti di Bangladesh dan Mesir. Kami juga mempunyai aset janakuasa di Abu Dhabi dan Pakistan dengan semua aset itu dalam dolar Amerika. Jadi kita ada kelebihan iaitu aliran tunai dalam dolar Amerika yang mempunyai nilai sama jika dilupuskan," katanya.
Ditanya adakah sentimen semasa akan menjejaskan keyakinan pelabur, Arul Kanda menjelaskan masalah tohmahan dan isu politik sememangnya merisaukan pelabur namun keadaan ekonomi juga penting dalam melaksanakan pelan-pelan rasionalisasi bagi mengurangkan beban hutang 1MDB.
"Aset 1MDB pada asasnya adalah kukuh dan kekukuhan itu menyakinkan pelabur. Kalau lihat ahli perniagaan dan pelabur, mereka fokus terhadap asas dan aset. Contohnya, Edra aliran tunainya lebih RM5 bilion setahun melalui penjanaan kuasa dan penjualan tenaga. Itu adalah aliran tunai yang dilihat jangka panjang sebagai mempunyai nilai," tambahnya.
Justeru cabaran utama 1MDB ketika ini adalah untuk menstabilkan kewangan syarikat dengan menyelesaikan hutangnya dan pada masa sama berharap dapat menjana pendapatan dan operasi serta keuntungan pada masa akan datang.
Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak berkata beban hutang syarikat 1MDB mampu dikurangkan dalam tempoh lima bulan akan datang secara berperingkat.
Menurut Perdana Menteri, isu hutang 1MDB telah disensasikan di media dan media sosial sehinggakan ia menjadi isu panas biarpun tiada kerugian yang dicatat syarikat pelaburan negara itu.
Nazir Razak bimbang dengan kejatuhan ringgit
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak hari ini menyatakan kebimbangannya mengenai kejatuhan nilai mata wang ringgit yang mencecah RM4 berbanding dolar Amerika, pertama kali sejak tahun 1998.
Gambar yang dimuatnaikkan oleh Nazir di laman instagramnnya
“Masa yang teruk untuk diganggu dengan politik dan terlalu banyak liputan media antarabangsa yang negatif. Pasukan kewangan kita yang terbaik dan paling kredibel serta berpengalaman dalam menangani krisis, perlu diletakkan di hadapan pasaran dengan segera,” katanya di dalam laman Instagramnya.
Nazir juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 5 petang Rabu, mata wang ringgit ditutup rendah pada RM4.04 berbanding dolar AS daripada RM3.96 pada Selasa.
Pelbagai pihak mendakwa kejatuhan ringgit disebabkan keadaan global semasa, kejatuhan nilai yuan.
Hari ini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Bank Negara tidak akan menambat nilai ringgit seperti yang pernah dilakukan sewaktu krisis kewangan Asia 1997/98 yang lalu.
Beliau berkata ini adalah kerana Malaysia mempunyai regim tukaran asing yang fleksibel bagi memudahkan penyelarasan ekonomi mengikut perubahan global.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.









