Bintulu: Jeritan seorang wanita dipercayai kurang siuman yang mengadu kesakitan kerana ingin melahirkan seorang bayi di tepi jalan di Pusat Komersial Parkcity, di sini, menarik perhatian orang awam yang berada di kawasan itu, pagi semalam.
Bagaimanapun, wanita berusia 30-an itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan bantuan orang ramai serta pekerja, pada jam 7 pagi.
Beberapa pekerja wanita yang bekerja sebagai tukang sapu di kawasan itu terkejut dengan jeritan wanita terbabit yang mengadu kesakitan sambil memegang perutnya.
Sumber berkata, mereka bergegas menghampiri wanita itu dan terkejut apabila dia memaklumkan perutnya sakit kerana mahu melahirkan bayi.
Menurut sumber itu, tanpa sebarang persediaan, pekerja terbabit membantu wanita itu melahirkan bayi perempuan kira-kira 10 minit kemudian di tepi jalan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73807#sthash.RK7A9NgG.dpuf
0 comments:
Post a Comment