Kuala Selangor: Seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam rumahnya di Lorong Mahkota Impian Puncak Alam, dekat sini, pada 7 malam semalam.
Kejadian disedari jiran mangsa yang terhidu bau busuk sejak beberapa hari lalu dari rumah berkenaan.
Lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai menggantung diri dengan cebisan kain yang diikat pada kayu siling antara dapur dan bilik air.
Ketika ditemui mayat sudah berbau dan berulat dipercayai sudah mati antara tiga hingga empat hari lalu.
Ketika kejadian keadaan rumah berkunci dan tiada penghuni lain.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, punca kejadian masih disiasat dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73809#sthash.8nljDdec.dpuf
0 comments:
Post a Comment