Aku mendapat SMS dari jiran aku bahawa Kucing kesayangan aku namanya KFC telah mati di bawah kerusi. kesian aku membaca SMS dari jiran aku. Masa tu aku di Kampung balik bercuti 3 hari.
Tetapi KFC sejak hari raya hari tu sangat lemah dan makan ala-ala manja tetapi masih mampu untuk bergurau dengan aku. setiap malam KFC akan tidur dipangku aku. dialah teman setia aku di rumah. Aku namanya KFC gara - gara aku kutip kucing itu sewaktu makan di KFC tahun 2011. Aku bawa balik. masa tu dia masih kecil. aku mandikan buang kutu, beri vitamin dan jaga dia.
dia memang manja bila aku pulang kerja dia akan tunggu depan pintu sama sama masuk kedalam rumah. Ya.. aku memang sayang dia... aku rindukan dia... dia sering tidur disebelah aku...
namun semuanya tinggal kenangan...
KFC i MISS you so much,,,,,
R.I.P
0 comments:
Post a Comment