Hasrat Ifa untuk meneruskan pengajiannya di Akademi Fantasia tidak kesampaian apabila namanya diumumkan sebagai pelajar wanita pertama tersingkir di konsert #AF2015 sebentar tadi.
Dengan peratusan undian terendah sebanyak 2.65%, Ifa terpaksa akur dengan keputusan yang diterima sewaktu pusingan penyingkiran di konsert pertama #AF2015.
Bertemakan ‘bebas’, Ifa atau nama sebenarnya Syarifah Nabilah Syed Azhar telah menyampaikan lagu berjudul ‘Kabut Serangkai Mawar’ nyanyian asal penyanyi Zaiton Sameon.
Dua pelajar selain Ifa yang turut menerima undian terendah ialah Iqwan dan Ziqa.
Selain persembahan pelajar, di konsert pertama itu juga barisan juri tetap turut diperkenallkan iaitu Dato’ Ramli MS dan pelakon cantik Rozita Che Wan (Che Ta) manakala juri jemputan pula adalah penyanyi rock terkenal, Amy Search.
Dalam pada itu, dua juri juara iaitu Stacy dan Joe Flizzow turut menghangatkan lagi konsert pertama #AF2015 dengan membawakan lagu ‘Not For Sale’ dan ‘Apa Khabar’.
Penyingkiran Ifa diumumkan oleh hos #AF2015, Zizan Razak dan Faizal Ismail.
Konsert pertama #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dengan penyingkiran pelajar berusia 21 tahun itu, kini tinggal 11 orang bintang #AF2014 yang akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara.
0 comments:
Post a Comment