Pengetua dan tenaga pengajar #AF2015 telah membuat keputusan untuk memilih seramai 12 orang pelajar mara ke Akademi Fantasia bagi tahun 2015.
Keputusan itu dibuat selepas menyaksikan persembahan mereka di Konsert Penentuan #AF2015 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebentar tadi.
Enam pelajar lelaki yang terpilih ialah Openg (Anthonasius Jadil, 23, Sabah), Faroq (Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka), Sufi (Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura), Sharul (Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan), Iqwan (Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak) dan Syamel (Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur).
Manakala enam pelajar wanita pula adalah Ifa (Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah), Lisa (Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak), Rachel [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang),Bila (Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur), Ziqa (Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor) dan Aziah (Aziah Awang, 21, Sabah).
Namun, nasib tidak menyebelahi empat orang peserta iaitu Wili (Suili George, 28, Sabah), Dalila (Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura), Syahid (Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka) dan Arisa (Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor) apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Empat peserta yang tersingkir itu bagaimanapun menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.
Kesemua pemilihan pelajar dipilih serta dinilai dengan adil oleh pengetua dan tenaga pengajar.
Konsert penentuan #AF2015 dihoskan oleh Zizan Razak dan Faizal Ismail.
Saksikan Konsert Mingguan #AF2015 yang bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Manakala Diari #AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam
0 comments:
Post a Comment