KUALA LUMPUR: Satu laporan polis terhadap sebuah laman web yang memuatkan artikel yang mendakwa terdapat konspirasi termasuk cubaan memanipulasi institusi kehakiman, memanipulasi pasaran kewangan, percubaan untuk urusan wang haram dan memalsukan pertuduhan ke atas perdana menteri.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan berkata laman web itu mendakwa konspirasi itu turut melibatkan beberapa tokoh politik tempatan.
Guan yang ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi memberitahu pemberita laporan polis dibuat setelah mendapati dakwaan tersebut adalah sangat serius dan mampu menjejaskan keselamatan negara.
"Dakwaan ini sangat serius dan berharap pihak polis melakukan siasatan menyeluruh bagi menentukan kesahihannya," katanya.
Laman web www.malaysiaopinion.com dalam salah sebuah artikelnya didakwa menamakan beberapa individu politik termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan pemilik Sarawak Report, Clare Brown.
Kesemua mereka pada masa turut dikaitkan dengan bekas pekerja syarikat PetroSaudi International, Xavier Andre Justo yang dipenjarakan tiga tahun oleh mahkamah Thailand atas kesalahan mengugut majikannya itu.
Selain itu, laman web berkenaan turut mengaitkan penglibatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahahithir Mohamed yang didakwa mempunyai kaitan secara langsung dengan pemilik syarikat The Edge, Tong Kooi Ong.
Pemilik The Edge itu sebelum ini berdepan siasatan polis di bawah Seksyen 124 dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan secara haram termasuk dakwaan sebagai individu yang mempunyai kaitan dengan proksi kekayaan Anwar.
"Sekiranya dakwaan ini benar maka polis tidak seharusnya gentar dan takut untuk menyiasat di bawah mana-mana undang-undang berkaitan," katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment