Gwangju: Pendakwa raya semalam menuntut mahkamah mengenakan hukuman mati ke atas kapten feri yang karam April lalu.
Sambil menyifatkan dia penipu yang tidak menyesal kerana menyebabkan 300 orang terbunuh dalam kejadian itu, pendakwa raya juga meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas tiga kakitangan kanan dan penjara antara 15 hingga 30 tahun untuk 11 yang lain.
Tuntutan itu dibuat pada akhir perbicaraan Kapten Lee Joon-Seok dan kakitangannya di Gwangju.
Lee, 69, menyelamatkan diri tanpa melakukan sebarang usaha untuk menyelamatkan penumpang, kata pasukan pendakwa raya ketika mengemukakan syor hukuman di mahkamah.
"Dia membuat alasan dan menipu. Dia tidak menunjukkan rasa kesal. Kerana itu kami meminta dia dihukum mati," kata pendakwa raya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment