Kuala Lumpur: Kehilangan wang RM2 juta dirompak penjenayah dari sebuah van keselamatan di Taman Equine, Seri Kembangan, di sini, Isnin lalu, terjawab apabila polis menemui empat karung wang di sebuah rumah di FELDA Jengka, Pahang.
Sumber berkata, suspek dipercayai cuba menyembunyikan wang dirompak itu di kawasan pedalaman FELDA yang terletak hampir 200 kilometer dari lokasi rompakan dilakukan.
Menurutnya, polis setakat ini hanya memperoleh kembali separuh dari wang dirompak iaitu lebih RM1,123,000 juta manakala baki RM877,000 masih gagal ditemui.
“Wang lebih RM1.1 juta itu ditemui di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran sebuah rumah di FELDA berkenaan.
“Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang berada di dalam rumah itu untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, wang itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang dan suspek itu sudah ditahan reman selama lima hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini, pagi kelmarin.
“Polis masih mengenal pasti beberapa lagi suspek yang terbabit dalam kes rompakan itu. Usaha mengesan baki RM900,000 turut dilakukan,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5538#sthash.gv9JSail.dpuf
0 comments:
Post a Comment