KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang mengkaji mekanisme baru bagi menghentikan ketirisan dalam pengagihan beras Super Tempatan (ST15) yang mendapat subsidi daripada kerajaan.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya menyedari kaedah pengagihan sekarang membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab menukar label pada guni ST15 dan kemudian menjualnya dengan harga berbeza.
Katanya, mengikut kaedah sekarang, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) mengagihkan terus beras ST15 kepada lebih 370 pemborong di seluruh negara menyebabkan tiada mekanisme khusus yang dapat mengelak ketirisan daripada berlaku.
"Sebab itu kita mencadangkan agar sistem pengagihan sekarang perlu diubah tetapi kementerian juga menyedari ramai yang tidak setuju," katanya semasa membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121017/dn_18/Mekanisme-baru-atasi-ketirisan-pengagihan-beras-ST15#ixzz29Xe5Ejl5
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 comments:
Post a Comment