Isu wanita diganggu oleh lelaki tidak dikenali di jalanan kini semakin trending dan mendapat perhatian umum bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Dunia
Dimuat naik pada 6 November 2014, video ini memaparkan ujikaji dimana seorang wanita yang sama berjalan di kawasan sekitar New York di Amerika Syarikat selama 10 jam dengan dua jenis pakaian yang berlainan.
Eksperimen ini dilaksanakan dengan wanita tersebut berjalan selama lima jam berpakaian kasual iaitu t-shirt, cardigan dan seluar ketat dan kemudian berjalan lagi lima jam berpakaian jubah dan berhijab.
Eksperimen 1: Pakaian kasual. Wanita ini didapati dipanggil, diganggu serta diekori lelaki yang tidak dikenali sepanjang perjalanan.
Eksperimen 2: Pakaian jubah dan berhijab. Menariknya, wanita tersebut langsung tidak diganggu oleh sesiapa pun, malah tidak langsung dipanggil.
Adakah ini satu berita baik bagi wanita Muslim bertudung? Nampaknya ramai yang bersetuju dengan pendapat tersebut. Rata-rata menyifatkan wanita bertudung akan dipandang lebih tinggi dan lebih dihormati.
Tetapi, adakah tudung sahaja sudah cukup untuk menghalang wanita daripada diganggu lelaki yang tidak dikenali di jalanan?
Bagaimana pula pandangan dari pihak lelaki? Adakah mereka lebih menghormati wanita yang berhijab berbanding yang 'free hair' atau kedua-duanya tiada beza?
Malangnya, hijab bukanlah jalan penyelesaiannya. Ini disebabkan wanita berhijab juga pernah mengalami situasi diganggu oleh lelaki di jalanan. Ikuti pengalaman wanita di dalam gambar di bawah:
Untuk dapatkan lebih banyak kisah dan pengalaman wanita diganggu di jalanan, layari laman web stopthecatcall.tumblr.com.
Jadi, apa pendapat anda?
0 comments:
Post a Comment