Pagoh: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak akan menyertai parti pembangkang sebaliknya akan terus berjuang di dalam UMNO.
Muhyiddin mengakui, banyak pihak kini memujuknya untuk menyertai parti pembangkang, namun menegaskan jiwanya tetap bersama UMNO dan tidak akan berubah.
"Saya tetap akan menunaikan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden UMNO dan mana-mana pihak tidak perlu risau untuk menjemput saya untuk merasmikan mesyuarat parti.
"Saya akan terus membantu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan parti bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat.
"Saya akui, selepas tidak lagi memegang jawatan nombor dua negara, saya kini lebih tenang dan merasakan beban seakan sudah diangkat dari bahu," katanya selepas Majlis Tahlil, Solat Hajat dan Solat Jumaat di Masjid Pekan Panchor bersama kira-kira 1,000 jemaah di sini, hari ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67424#sthash.WsZ5YnTG.dpuf
0 comments:
Post a Comment