Saturday 15 August 2015

‘Jantung nak meletup’

Kuala Lumpur: “Saya tidak sangka pil ‘Blue Moon’ (bulan biru) itu menyebabkan jantung saya hampir meletup,” kata seorang lelaki yang mengambil pil perangsang seks haram untuk mengatasi masalah lemah syahwat.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamzah, 50, berkata, dia ditawarkan pil itu oleh rakan sekerjanya selepas dia mengadu menghadapi masalah tenaga batin.

“Saya kemudian membeli pil itu pada harga RM10 sebutir daripada rakan. Malangnya selepas dua kali menelan pil itu, saya terus diserang sakit dada.

“Jantung saya seperti hendak pecah, malah rasa sakit itu menyebabkan saya rebah dan pitam,” katanya yang berasal dari Taman Greenwood, Gombak.

Menurut Shahril, dia bersyukur kerana dipanjangkan usia selepas dikejarkan ke Hospital Selayang.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70259#sthash.NJHUQqhh.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang